Gedong, 12 April 2023, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi Projek Masterplan For Mini Isthmus , Gedong pagi ini.
Sejurus tiba, Premier telah diberi taklimat ringkas mengenai cadangan pembangunan Tanjung/Mini Ithmus, Daerah Gedong, Sedilu-Gedong Land District Samarahan Sarawak.
Dalam majlis tersebut, Abang Johari telah menyampaikan cek sebanyak 114 dengan jumlah penerima adalah seramai 82 orang dengan nilai pampasan berjumlah RM 5, 206, 313.00.
Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, dan beberapa kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku